Friday, February 17, 2012

10 FAKTA TENTANG KELAHIRAN



1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Subhanallah.... 

Wednesday, February 15, 2012

Kisah Pengajaran Buat Kita

KISAH SEEKOR TIKUS



Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam, “hmmm… makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar agaknya?”


Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, “Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!!”


Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkat tikus!” Sang Ayam berkata, ” Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.”


Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, “aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku.”


Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. “Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?”


Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, “Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku.”

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. 

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.


Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.


Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki buat sup.


Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.


Ramai sungguh orang datang melawat jenazah isterinya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.


Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.


Begitulah kisahnya. Jadi pengajarannya, jika suatu hari, anda mendengar seseorang dalam kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi. 

Kisah nih sayer bawa ketika sesi kelas sayer sebentar td..lepas pelajar dengar kisah nih...sayer minta pelajar mengenalpasti pengajaran & nilai2 yang terdapat dalamnya..hmm...pendek kata..kalau kita mendengar kesusahan orang lain,cubalah untuk membantu seberapa yang termampu..kerana mungkin dengan membantu...insya Allah ada rahmat dan kebaikan buat kita....ngeee....sekian...

Tuesday, January 31, 2012

Bunga Api Chinese New Year



Sempena Tahun Baru Cina yang lepas...sayer beserta opismate sayer join aktiviti menangkap gambar bunga api yang disertai grup photog area kuching...mula2 sayer rasa sangat seronok sangat xcited....sebab lama jugak laa sayer tak amik gambar2 yang best...(bz konon....ngeee....) tp keseronokan xlama sebab hujan turun tepat waktu kemuncak...huhuhu...takpa...hujan rahmat..tp xdapat la nak shoot yang lebih best..apapun, this is my 1st xperience amik gambar bunga api...kat cni sayer nak kongsi teknik amik gambar bunga api..how 2 setting ur camera utk amik gambar bunga api...go...go....check it out...
  1. Guna tripod yer...nih adalah part penting dalam amik gambar bunga api...sebab u'll be using longer shutter speeds yang bukan sahaja akan capture pergerakan bunga api..malah akan menangkap segala pergerakan kamera.
  2. Setting lens kepada "manual focus"
  3. ISO paling rendah atau bole stick to ISO 100..
  4. Aperture between f/8 to f/16
  5. Gunakan mode "bulb" (senang nak kontrol timing dari bunga api meletop sampai bunga api habis meletop...ngeee...) 

Bunga api ciput...tak rancak sangat time nih...
Alangkah indahnya kalau lebih banyak lagi bunga api meletop time nih....


Okey..sayer dah kongsikan setting yang sayer gunakan waktu amik gambar bunga api...ngeee...have a nice day!!!....



Sunday, November 27, 2011

Ceritera Lucu...


Ketika doctor sedang memeriksa pesakit di katil ia terdengar seorang pesakit sedang
Menyanyi lagu P.Ramlee….Dalam keadaan terlentang pesakit tersebut sedang menyanyi
Lagu getaran jiwa..dengan mendayu-dayu…

Doktor : Pandai awak nyanyi lagu P.Ramlee…

Dengan selamba pesakit tersebut menyanyi lagu lain pulak…kali ini lagu madu tiga…

Doktor : Mana awak belajar nyanyi lagu ini…

Kali ini pesakit tersebut terus meniarap sambil nyanyi lagu Anakku Sazali….

Doktor : Tadi terlentang …..kenapa sekarang meniarap plak….

Pesakit : Tadi side A…..sekarang side B…( sambil terus menyanyi….) 

Saturday, November 26, 2011

Design Kad Kawen


Salam...sayer menulis lagi...bebaru nih kawan sayer telah meminta sayer untuk design kad kawen yang simple but nice utk dia...sayer tertanya jugak dalam hati..."naper sayer ???hebat ker sayer nak design kad kawen org pulak....? "...hak3....akhirnya sayer tau apa jawapan kepada soalan sayer 2...ngeeeeeee.....nak kad kawen budjet rupanya...hak3...tp xper...sayer suka cara 2...sbb masa sayer kawen dulu...sayer & husband buat kad kawen sendiri...ngeee...kali nih sayer buat pulak utk kawan sayer..charge??? erk... rahsia... heheh...


Design 1

Design 2


Sebenarnya...sayer hanya menggabungkan sedikit pengetahuan sayer dalam adobe illustrator & Photoshop CS3 dalam menghasilkan design simple nih...dan sedikit tunjuk ajar dari Sifu sayer a.k.a My Husband...ngeeee...dalam menghasilkan kad kawen...part paling menguji iman sayer ialah part buat map...huhuhu...dengan pengetahuan yang ciput...confirm la ada masalah...dis is the 1st time sayer buat map guna illustrator...sebelum nih guna ms word jerk...hak3....tp bila berjaya menghasilkan map yang sayer agak sangat comel...sayer sangat gumbira...hehehehe....

Design by ZD Idaman

Hmm...keja2 sayer di masa bosan sewaktu kat umah...macam nih ler....heheh...ok lar...sayer berenti menaip dulu...lapo la pulak....daaa....salam...