KISAH SEEKOR TIKUS
Sepasang
suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka
membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam,
“hmmm… makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar agaknya?”
Ternyata,
yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik
bukan kepalang.Ia bergegas
lari ke sarang dan bertempik, “Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah sekarang
ada perangkap tikus!!”
Ia pun
mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkat tikus!” Sang Ayam berkata, ”
Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.”
Sang Tikus
lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing
pun jawab selamba, “aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku
buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku.”
Tikus lalu
menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. “Maafkan aku. Tapi perangkap tikus
tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk
perangkap tikus?”
Dengan rasa
kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, “Eleh engkau
ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku.”
Akhirnya
Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi
bahaya seorang diri.
Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara
berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika
melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa.
Buntut ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang
isteri pemilik rumah.
Walaupun si
Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat
diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran. Beberapa
hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.
Isterinya
lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam
boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera
menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki buat sup.
Beberapa
hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk
makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya.
Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna
lillahi wa inna ilaihi raji’un.
Ramai sungguh orang datang melawat jenazah isterinya. Kerana rasa sayang suami pada
isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.
Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan
orang-orang yang berziarah.
Dari
kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia
melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.
Begitulah
kisahnya. Jadi pengajarannya, jika suatu hari, anda mendengar seseorang dalam
kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi.
Kisah nih sayer bawa ketika sesi kelas sayer sebentar td..lepas pelajar dengar kisah nih...sayer minta pelajar mengenalpasti pengajaran & nilai2 yang terdapat dalamnya..hmm...pendek kata..kalau kita mendengar kesusahan orang lain,cubalah untuk membantu seberapa yang termampu..kerana mungkin dengan membantu...insya Allah ada rahmat dan kebaikan buat kita....ngeee....sekian...
No comments:
Post a Comment