1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari
suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya,
dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau
tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak
perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia
tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan
yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari
terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau
gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.
2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang
tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi
yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun
tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia
tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan
ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang
memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.
3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala
meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang
selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun
kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi
masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.
4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang
tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak
pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa
cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut,
marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah
tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka
dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.
Semoga Allah
menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia;
sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw
bersabda:
"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di
dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah
mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan
syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah
menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah,
saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana
Allah..
Hmmm...sayer ada bertanya suami pasal hal di atas...suami sayer kata sayer isteri muqorrobin....al-hamdulillah...semoga suatu masa nanti sayer dapat upgrade kepada isteri siddiqin pulak....semoga Allah mencukupkan segalanya buat sayer dan suami....ameen...
Al-hamdulillah...semoga sayer tidak tergolong dalam golongan isteri yang tak pernah cukup dan bersyukur... |
No comments:
Post a Comment